#navbar-iframe { height: 0px; visibility: hidden; display: none; } #navbar { display: none; } AKAD NIKAH DAN KAHWIN DI THAILAND - PROSEDURE NIKAH KAHWIN DI SONGKHLA THAILAND SIAM - MURAH SAH: MAKLUMAT NIKAH KAHWIN DI THAILAND

NIKAH SIAM NIKAH THAILAND KAHWIN SIAM KAHWIN THAILAND KAHWIN SENYAP SESAMA KITA

NIKAH SENYAP, NIKAH SIAM, NIKAH LARI, PAKEJ NIKAH SIAM, KAHWIN SIAM, KAHWIN THAI, KAHWIN SEMPADAN, KAHWIN PADANG BESAR, KAHWIN DANNOK, KAHWIN SONGKHLA, KAHWIN PERLIS, KAHWIN BUKIT KAYU HITAM, KAHWIN CEPAT, KAHWIN MURAH,NIKAH SESAMA KITA, NIKAH TOK KADI,AKAD NIKAH SIAM,PANDUAN NIKAH DI SONGKHLA.NIKAH SIAM MURAH DAN MUDAH.

MAKLUMAT NIKAH KAHWIN DI THAILAND

MAKLUMAT NIKAH KAHWIN DI SONGKHLA, THAILAND


TEMPAT NIKAH:
Pasangan akan di bawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla  yang terletak lebih kurang 70 km dari sempadan Bukit Kayu Hitam. Di sinilah ramai pasangan dari Malaysia melangsungkan perkahwinan mereka. Hanya di Songkhla sahajalah wilayah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama Islam di Malaysia dan Kerajaan Malaysia.



KADI/JURUNIKAH

Di Majlis Agama Islam Songkhla terdapat 30 orang kadi yang bertauliah yang diberi kebenaran dan di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi mengakadnikahkan pasangan dari Malaysia. Semua kadi dan saksi mempunyai tauliah. Sijil nikah yang dikeluarkan oleh Pejabat Majlis agama Islam Wilayah Songkhla adalh diiktiraf oleh Konsulat Malaysia di Songkhla. Tanpa surat Pengesahan dari Majlis Agama Islam di sini pihak konsulat Malaysia tidak akan membuat sebarang pengesahan pada Sijil Nikah kita. Akad nikah akan dijalankan oleh salah seorang Naib Kadi yang bertindak sebagai Jurunikah. Urusan nikah memakan masa hanya 30 minit sahaja.



BILIK AKAD NIKAH

Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla telah menyediakan sebuah bilik khas untuk pasangan bernikah. Di bilik inilah pasangan diijab kabul, lafaz taalik, pemberian mas kahwin dan upacara menyarung cincin dan sebagainya diadakan dengan cukup meriah dalam suasana yang menyerikan sebagaimana yang dilakukan di Malaysia. Malah selepas ijab kabul pasangan boleh bergambar di atas pelamin yang disediakan khas kepada pasangan. Gambar-gambar inilah yang menjadi bahan bukti untuk diserahkan kepada mahkamah semasa hendak membuat pendaftaran semula pernikahan anda di Malaysia.


KONSULAT MALAYSIA SONGKHLA

Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Songkhla terletak berhampiran Pantai Samila dimana terdapat sebuah landmark patung  ikan duyung yang menjadi destinasi pelancung ke Songkhla. Di sinilah tempat rakyat Malaysia memohon untuk mendapatkan surat pengesahan sijil  nikah mereka. Tanpa surat pengesahan dari konsulat Malaysia sijil nikah mereka di anggap tidak sah dan tidak di iktiraf oleh kerajaan Malaysia. Jadi setiap pernikahan rakyat Malaysia terutama yang berkahwin di Majlis Agama Islam Malaysia adalah diwajibkan mendapat pengesahan terlebih dahulu sebelum mereka membuat permohonan untuk mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia nanti. Jarak antara Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dengan Pejabat Konsulat ini hanya lebih kurang 25 km sahaja.






 
© free template