ATURCARA PERJALANAN KE MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH SONGKHLA, THAILAND.
Hari Pertama:
Jam 8.30 pagi hingga 9.00 pagi. Pasangan berkumpul di Kawasan Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam.
Menaiki kereta atau van yang disediakan terus ke pintu masuk Thailand iaitu di Pekan Dannok.
Selesai urusan pasport, bertolak ke Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (lebih kurang 70 km dari sempadan Malaysia).
Selesai urusan pendaftaran, pasangan akan di bawa ke bilik walimatul urus untuk upacara ijab kabul.
Pasangan akan diberi Sijil Nikah asal dan Satu Surat Pengesahan Nikah yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia memperakukan bahawa pernikahan ini adalah teratur mengikut hukum syarak.
Bertolak ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan menyerahkan borang permohonan dan semua dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan. Pengesahan Sijil Nikah oleh Konsulat adalah sebagai bukti bahawa proses pernikahan kita teratur dan memenuhi hukum syarak dan bahawa Sijil Nikah kita adalah tulin dan bukan nikah sindiket.
Selepas makan tengah hari pasangan akan di hantar ke hotel untuk berehat dan aturcara sendiri. Atas permintaan pasangan kami akan membawa anda berjalan-jalan ke tempat-tempat yang menarik di sekitar Songkhla dan Hatyai.
ATURCARA PERJALANAN KE PEJABAT KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI SONGKHLA, THAILAND.
Hari Kedua:
Selepas check-out hotel pasangan akan di bawa sekali lagi ke Pejabat Konsulat Malaysia untuk mengambil Surat Pengsahan Pernikahan Luar Negara dari Konsulat Jeneral Malaysia yang mewakili Kerajaan Malaysia di luar negara. Surat ini adalah sah dan diiktiraf oleh pihak berkuasa agama Islam Malayia dan Kerajaan Malaysia. Tanpa surat ini anda tidak boleh mendaftarkan pernikahan anda di Malaysia.
Selepas makan tengah hari pasangan akan dibawa balik ke pintu sempadan Malaysia/Thailand untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
Pasangan yang mempunyai aturcara sendiri untuk melancung ke wilayah lain akan diberi bantuan setakat yang termampu.
Bersurai.
URUSAN PENGESAHAN KONSULAT
Pasangan yang tidak ingin bermalam di Hatyai untuk urusan pengesahan konsulat pada hari yang kedua boleh kembali ke Malaysia pada hari yang sama selepas selesai akad nikah. Surat Pengesahan Konsulat akan diuruskan dalam tempoh satu minggu. Surat kelulusan konsulat akan diposkan kepada pasangan. Pasangan boleh membawa balik Sijil Nikah Asal dan salinan fotostat Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla pada hari akad nikah. Bayaran tambahan akan dikenakan untuk urusan pengesahan ini. Urusan ini khusus untuk kes-kes tertentu sahaja. Perkara ini akan ditentukan selepas selesai urusan akad nikah.