Saya menguruskan pakej perkahwinn bagi pasangan yang hendak berkahwin di Thailand. Sesiapa yang berminat menggunakan perkhidmatan saya, anda boleh menghubungi saya. Semua urusan ditangung beres dalam satu hari sahaja. Kos perkhidmatan adalah termurah dan berpatutan.
PROSES NIKAH : URUSAN PADA HARI BEKERJA (ISNIN/SELASA/RABU/KHAMIS DAN JUMAAT):
Akad nikah akan dijalankan di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Anda akan mendapat Sijil Nikah dan Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla serta merta selepas selesai akad nikah. Selepas itu anda akan dibawa ke Pejabat Konsulat Jenderal Malaysia di Songkhla untuk pendaftaran dan pengesahan.
Akad nikah dijalankan oleh salah seorang Jurunikah/Naib Kadi yang diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam Songkhla dan disaksikan oleh 2 orang Naib Kadhi Majlis Agama Islam Songkhla. Sijil Nikah ini mempunyai cop materi Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Sijil ini adalah sah dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
PROSES NIKAH : URUSAN PADA HARI SABTU, AHAD & KELEPASAN AM THAILAND:
Semua urusan akad nikah adalah sama seperti hari bekerja cuma pada hari kelepasan am/cuti pengesahan Konsulat Malaysia tidak dapat dilakukan pada hari tersebut sebab pejabat cuti. Hanya akad nikah sahaja boleh dilakukan. Anda akan mendapat Sijil Nikah (original) serta merta selepas selesai akad nikah.
Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla akan diberi pada hari yang sama.
Anda atau salah seorang dari anda dikehendaki datang semula pada hari bekerja yang lain untuk mendapatkan Surat Pengesahan Konsulat Malaysia di Songkhla.
KETERANGAN KOS PAKEJ :
Kos pakej termasuk:
Pengangkutan dari Bukit Kayu Hitam ke Thailand (pergi+balik),
Pengangkutan semasa berada di Thailand,
Bayaran kepada Kadi dan Saksi serta pengeluaran Sijil Nikah,
Bayaran Pengesahan Sijil Nikah, Surat Pengesahan dan fotostat dokumen oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla,
Bayaran kepada Konsulat Malaysia dan fotostat dokumen untuk Konsul Malaysia di Songkhla.
Tidak ada kos tambahan atau kos tersembunyi yang berkaitan dengan urusan pernikahan ini sama ada di Malaysia atau di Thailand.
TEMPAT AKAD NIKAH DIJALANKAN:
URUSAN PERNIKAHAN DIJALANKAN DI PEJABAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH SONGKHLA DAN DISAKSIKAN OLEH SAKSI YANG BERJAWATAN NAIB KADI SYARIE JABATAN BERKENAAN. JADI SEMUA DOKUMEN ADALAH TULIN DAN SAH (BUKAN SINDIKET) SERTA DI IKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.
PENUMPANG TAMBAHAN:
Pengangkutan disediakan untuk pasangan sahaja. Penumpang tambahan selanjutnya akan dikenakan bayaran tambahan bergantung kepada jumlah penumpang yang hendak pergi.
BAYARAN: Tak perlu bayar deposit.
Bayaran hendaklah dibuat secara TUNAI.
Bayaran hendaklah dibuat semasa tiba di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla; iaitu sebelum akad nikah dijalankan. Ini adalah peraturan yang ditetapkan oleh pejabat berkenaan.
Pasangan dikehendaki membayar sepenuhnya harga sepertimana yang dipersetujui mengikut pakej yang ditetapkan.
Pasangan yang tidak menjelaskan bayaran sepenuhnya urusan pernikahan mereka akan dibatalkan dan pihak penganjur tidak akan bertanggung-jawab dan bertolak ansur sekiranya berlaku sebarang kececohan atau salah faham akibat tindakan pasangan tersebut.
Sekiranya ada pasangan yang cuba menipu, pasangan dikehendaki balik ke Malaysia atas tanggungan dan urusan sendiri.
Sekiranya pasangan membatalkan hasrat mereka pada saat terakhir semasa di pintu sempadan, urusan balik seperti pengangkutan dan lain-lain adalah atas tanggungan sendiri.
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA :
Kad Pengenalan anda dan bakal isteri. Pasport antarabangsa anda dan bakal isteri
Surat Syahadah untuk individu yang memeluk agama Islam. Surat cerai jika pernah bercerai.
Sijil Kematian bagi balu yang kematian suami.
Surat kebenaran Ketua Jabatan bagi anggota Tentera dan Polis.
Duit Mas kahwin mengikut persetujuan anda dan bakal isteri (Tidak termasuk dalam pakej)
Duit poket untuk perbelanjaan sendiri seperti makan minum dan membeli belah di Thailand.
Pakaian yang bersesuaian semasa majlis akad nikah termasuk songkok dsb
Kamera untuk merakamkan ijab kabul dan akad nikah untuk dijadikan bahan bukti pernikahan sekiranya dipintak oleh mahkamah Syariah Malaysia semasa perbicaraan nanti.
TINDAKAN ANDA :
Tetapkan dan maklumkan tarikh bila hendak pergi berkahwin di Thailand. (sms atau email)
Pastikan anda telah membeli tiket bas, keretapi atau kapal terbang untuk perjalanan anda.
Sila berikan maklumat lanjut anda dan pasangan seperti nama dan nombor telefon serta latar belakang kes anda jika belum dimaklumkan kepada saya.
Maklumkan berapa orang yang hendak datang termasuk anda dan bakal isteri anda.
Pastikan semua dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di atas di penuhi dan siap-sedia.
Tetapkan di mana hendak berjumpa sama ada di Bukit Kayu Hitam, Airport Alor Star atau di Stesyen Bas Kangar pada pagi hari hendak bertolak ke Thailand.
PASPORT / BORDER PASS:
Urusan passport atau border pass adalah urusan sendiri dan atas perbelanjaan sendiri.
Anda adalah dinasihatkan supaya memohon pasport di mana-mana pejabat Imigeresen. Permohonan pasport boleh siap dalam satu hari sahaja. Bayaran pasport hanya RM100.00 sahaja. Sila hubungi mana-mana pejabat imigeresen atau website imigeresen untuk mengetahui syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk membuat pasport.
Border passs hanya untuk pemastautin tetap Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan sahaja.
Pasangan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan kad pengenalan tidak boleh memasuki Thailand.
Bagi pasangan yang hendak berkahwin dengan warganegara asing (luar Negara) sila pastikan mereka mempunyai visa untuk memasuki Thailand.
TAMBANG PERJALANAN:
Tambang perjalanan dari tempat tinggal/bertolak ke Alor Star / Kangar / Bukit Kayu Hitam dan balik ke destinasi anda adalah atas perbelanjaan / tanggungan sendiri.
TAMBAHAN:
TOLONG BERI NAMA PENUH ANDA DAN PASANGAN ANDA DAN NOMBOR TELEFON ANDA UNTUK MEMUDAHKAN SAYA MENGHUBUNGI ANDA SEKIRANYA ADA SOALAN ATAU PENJELASAN YANG SUSAH HENDAK DINYATAKAN MELALUI SMS ATAU EMAIL
KELEBIHAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN SAYA:
ANDA AKAN DI BERI TIP-TIP BAGAIMANA HENDAK MENDAFTARKAN SEMULA PERNIKAHAN ANDA DI MALAYSIA. (CARA MENGISI BORANG, AFIDAVIT, UJIAN HIV DAN PROSES MENDAFTAR DI MAHKAMAH SYARIAH)
ANDA AKAN DI BERI MAKLUMAT MENGENAISOALAN-SOALAN YANG SERING DIKEMUKAN DI MAHKAMAH SYARIAH DAN CARA MENJAWAB SOALAN-SOALAN TERSEBUT DAN LAIN-LAIN MAKLUMAT TENTANG PROSES MAHKAMAH.
GAMBAR2 DAN RAKAMAN IJAB KABUL SEMASA BERNIKAH DI SIAM AKAN DIBERI PERCUMA DALAM CD UNTUK SIMPANAN ANDA
LAIN-LAIN MAKLUMAT YANG BERKAITAN.
FATWA NIKAH SIAM
KAHWIN LARI DI SELATAN THAILAND
Soalan:
Apakah hukum "kahwin lari" di selatan Thailand?
Jawapan:
Hukum pernikahan di luar negara adalah sah denan syarat:
a) Pernikahan itu mengikut rukun nikah.
b) Pernikahan itu melebihi 2 marhalah.
c) Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuanitu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin.
d) Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara bekenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana dia ditauliahkan sebagai wali hakim.
RUJUKAN:
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali ke-52 bertarikh 1 Julai 2002
RUKUN NIKAH DAN HUKUM NIKAH
Maksud Nikah
Akad yang dilakukan dengan menggunakan lafaz nikah ataupun terjemahannya bagi membolehkan dan bersekedudukan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dalam ikatan kehidupan yang diredai Allah swt
Rukun Nikah Perkahwinan yang sah mengikut syarak ialah perkahwinan yang cukup syarat dan rukunnya. Rukun nikah mengandungi 5 perkara:
1. Pengantin Lelaki 2. Pengantin Perempuan 3. Wali 4. 2(Dua) Orang Saksi 5. Ijab dan Kabul
Hukum Nikah Hukumnya boleh berubah mengikut keadaan
WAJIB Bagi orang yang kuat nafsu dan tidak mampu mengawal diri daripada terjebak ke lembah maksiat sedangkan ia mampu
SUNAT Bagi mereka yang mampu zahir dan batin dan mempunyai keinginan untuk berkahwin bagi menambahkan takwa dan menjauhi zina
MAKRUH 1. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin 2. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin serta dapat mengawal nafsunya
HARAM 1. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mahupun dirinya sendiri 2. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin 3. Mempunyai niat yang tidak baik terhadap bakal isteri
Adakah bernikah di Thailand mudah dan murah? Ramai menyangka bahawa bernikah di selatan Thailand menelan belanja beribu-ribu ringgit kerana kononnya perlu melibatkan peranan orang tengah atau sindiket bagi mengatur proses itu.
Dan ramai pasangan yang menyeberang sempadan bersedia untuk berbelanja asalkan tiada lagi halangan yang akan merencatkan atau menggagalkan hasrat mereka. Mereka ini biasanya bersedia untuk menjalani upacara pernikahan di mana sahaja asalkan hasrat murni mereka tercapai.
Sebenarnya prosedur untuk menikah di sana amat mudah dan kosnya juga rendah tetapi ramai yang dikatakan menjadi mangsa kerana mereka terdesak dan tidak berpengetahuan bagi menguruskannya sendiri atau mendapat bantuan rakan atau orang yang mereka boleh percayai.
Amat ramai yang ditipu oleh sindiket, sekiranya mereka berkahwin bukan melalui Majlis Agama Islam. Banyak masalah akan timbul seperti sijil perkahwinan palsu dan sukar untuk didaftarkan di negara masing-masing.
Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla mempunyai ramai wakil (jurunikah) di beberapa daerah dalam wilayah Songkhla yang bertaraf Naib Kadhi. Hanya Sijil Nikah daripada Naib Kadhi inilah sahaja yang diiktiraf untuk disahkan. Sekiranya mereka berkahwin menggunakan sindiket, MAIS tidak akan bertanggungjawab. Semua pasangan yang berkahwin di sini (MAIS), rekod mereka akan disimpan sebagai rujukan yang sah.
Adalah menjadi peraturan sebelum pasangan dinikahkan, pasangan terbabit akan menjalani temuduga ringkas oleh Naib Kadhi, yang akan menjelaskan implikasi perkahwinan mereka dan selepas dinikahkan mereka akan diberi nasihat dan penerangan tentang tanggung-jawab sebagai suami dan isteri dan rukun berumah tangga yang perlu diikuti dan dilaksanakan sepanjang hayat.
Keterlanjuran dalam hubungan serta halangan keluarga kini menjadi punca utama pasangan dari Malaysia lari berkahwin di selatan Thailand, di samping hasrat berpoligami tanpa kebenaran isteri pertama. Kegagalan memenuhi keperluan hantaran, mas kahwin serta hadiah yang mahal pula, mendorong pasangan dari Malaysia, Brunei, Singapura dan lain-lain datang berkahwin di Selatan Thailand.
Setiap hari ramai pasangan dari Malaysia dan luar negara datang bernikah di Songkhla. Saya tidak menghadapi sebarang masalah menguruskan perkahwinan yang diharapkan pasangan terbabit, asalkan mereka memenuhi syarat ditetapkan, termasuk masuk ke Thailand menggunakan dokumen perjalanan yang sah serta memenuhi syarat mengikut hukum syarak. Selain daripada itu MAIS akan memastikan semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Enakmen undang-undang syariah di Malaysia akan di patuhi dan menjadi rujukan bagi melangsungkan perkahwinan pasangan dari Malaysia.
Semua urusan pernikahan dibuat secara telus, bertempat dan beretika dan penuh tanggung-jawab dan bukan dikedai kopi atau dibawah pokok seperti yang dibuat oleh sindiket palsu. Pasangan yang di bawa ke Pejabat Kadhi atau Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla akan di akadnikahkan dengan tertib tanpa risiko diperdayakan.
Bagi memudahkan urusan pernikahan ini pasangan dinasihatkan supaya datang lebih awal supaya semua urusan akad nikah, pengesahan MAIS dan Konsulat Jeneral Malaysia dapat di bereskan pada hari yang sama.
KEPUTUSAN DITANGAN ANDA. BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK. SAYA HANYA MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKANNYA.
Biar apa pun sebelum anda memilih untuk berkahwin di Thailand, adalah lebih baik sekiranya anda melangsungkan perkahwinan anda di Malaysia kerana lebih terjamin dan tidak perlu memikirkan tentang mendaftarkan semula pernikahan anda nanti. Anda juga perlu memikirkan soal keluarga anda dan orang-orang yang lebih menyayangi anda dan sebagainya.
Saya bukanlah hendak menggalakkan pasangan untuk bernikah di Selatan Thailand, tetapi jika segala usaha untuk bernikah di Malaysia tidak dapat dilaksanakan, barulah anda pilih jalan keluar ini agar hasrat murni anda untuk berumahtangga tercapai, walaupun ada pihak yang terluka dan berduka demi mengelakkan menanggung dosa hidup tanpa nikah dan menghindarkan dari perkara-perkara yang tidak diingini menimpa anda dan pasangan anda lebih baiklah anda berkahwin dengan segera!
Semoga ALLAH memudahkan semua urusan kita dan memberkati niat murni kita ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN.
Mengaturkan Urusan Akad Nikah Pasangan Islam, Menguruskan Pengesahan Sijil Nikah Oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan Menguruskan Pengesahan Dokumen Perniikaan Oleh Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Thailand.
URUSAN PERCERAIAN DI THAILAND
Menguruskan Perkara Yang Berkaitan Dengan Perceraian Bagi Mereka YangBerkahwin di Thailand, dan Menguruskan Pengesahan Dokumen Cerai dengan Majlis Agama Islam dan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand.
URUSAN PENGESAHAN SIJIL NIKAH DAN SURAT CERAI OLEH KONSUL MALAYSIA DI SONGKHLA
Menguruskan Lain-Lain Perkara Yang Berkaitan Dengan Nikah Kahwin, Perceraian, Fasakh, Aduan Taalik, Poligami, dan Lain-lain dari Wilayah Lain seperti Phuket, Phattalung, Yala, Pattani dan Satun. Urusan termasuk mendapatkan Surat Pengesahan Dari Majlis Agama Islam dan Pengesahan Konsulat.
PERLU BANTUAN ?
ANDA ADA MASALAH?
Sekiranya anda ada masalah yang berkaitan dengan perkahwinan anda seperti berikut:
MASALAH PERKAHWINAN:
- Hasrat untuk berkahwin di Thailand terhalang,
- Telah lama bernikah di Siam tetapi tiada Sijil Nikah,
- Telah lama bernikah tetapi Sijil Nikah tidak disahkan oleh Majlis Agama Islam Siam dan Konsul Malaysia di Songkhla,
- Hendak berkahwin di Siam tetapi tidak cukup
dokumen.
- Lain-lain masalah yang tidak dinyatakan di sini. MASALAH PERCERAIAN:
- Masalah mengenai perceraian lafaz taaliq atau fasakh taaliq,
- Telah lama ditinggalkan suami tetapi tidak dapat berkahwin lagi sebab ketiadaan surat cerai,
- Tidak dapat bercerai sebab suami menghilangkan diri,
- Tidak dapat bercerai sebab Sijil Nikah hilang atau sebab-sebab lain,
- Lain-lain masalah yang tidak dinyatakan di sini. APA YANG PERLU ANDA BUAT?
Sila telefon atau emailkan masalah anda kepada saya.
Saya akan mengkaji kes anda dan akan cuba mencari jalan penyelesaiannya. InsyAllah semoga Allah memberi petunjuk kepada kita dan segala urusan kita di permudahkan dan berjalan lancar. Amin Ya Rabal Alamin!
KHIDMAT NASIHAT ADALAH PERCUMA.
Bersama Rusdi dan Mohd Hatta dari Phuket
NIKAH SIAM: DO'S & DONTS
Nikah Siam, dua patah perkataan yang membawa juga dua pengertian, suka dan duka. Ianya disukai oleh kedua-dua bakal pengantin tetapi kerap menjadikan “isteri tua” menjadi duka. Ia diminati bukan sahaja oleh orang kampung, penganggur, mat rempit tetapi juga digemari oleh tokoh korporat, datuk-datuk yang pastinya berkedudukan dan berpengaruh dalam masyarakat.
Setelah angau dan cintan habis kat girlfriend dan rasa-rasa mampu nak bernikah lagi satu maka berpakatlah dengan girlfriend tu nak menikah. Malangnya bini nombor satu tak kasi pulak atau nak suarakan kat bini tak berapa berani sebab dah tahu dah jawapannya. Maka langkah seterusnya ialah bernikah senyap-senyap kat Siam.
Cara nak menikah kat Siam ni senang je sebenarnya. Cari jer tukang atur pernikahan kat Siam ni yang berlambak kat sempadan tu tapi kena hati-hati jugak sebab banyak konsultan tipu buat nikah dengan jurunikah tak bertauliah. Bagi geng budiMaN yang rasa-rasa ada hajat..tanya2 lah kat Mizi sebab hari tu dia pun pelawa kalau ada kengkawan nak nikah. Konsultan tipu ni ada yang pernah charge sampai RM13,000 urus nikah ni beb. Betul punya cerita ni. baca lagi......
SINDIKET KAHWIN ATAU TULIN?
Anda dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai agen-agen yang menguruskan pakej perkahwinan di Selatan Thailand. Sila buat tinjauan terlebih dahulu sebelum memilih mana-mana agensi tersebut kerana ada agensi yang tidak bertanggung-jawab dan menipu pasangan yang ingin dan yang telah berkahwin. ?xml:namespace>
Pastikan bahawa agensi yang anda pilih mudah dihubungi samada sebelum atau selepas selesai urusan perkahwinan di Thailand.
0 comments:
Post a Comment