Bersama staf Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla |
Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla |
#navbar-iframe { height: 0px; visibility: hidden; display: none; } #navbar { display: none; }
Saya menguruskan pakej perkahwinn bagi pasangan yang hendak berkahwin di Thailand. Sesiapa yang berminat menggunakan perkhidmatan saya, anda boleh menghubungi saya. Semua urusan ditangung beres dalam satu hari sahaja. Kos perkhidmatan adalah termurah dan berpatutan.
PROSES NIKAH : URUSAN PADA HARI BEKERJA (ISNIN/SELASA/RABU/KHAMIS DAN JUMAAT):
Akad nikah akan dijalankan di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Anda akan mendapat Sijil Nikah dan Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla serta merta selepas selesai akad nikah. Selepas itu anda akan dibawa ke Pejabat Konsulat Jenderal Malaysia di Songkhla untuk pendaftaran dan pengesahan.
Akad nikah dijalankan oleh salah seorang Jurunikah/Naib Kadi yang diberi tauliah oleh Majlis Agama Islam Songkhla dan disaksikan oleh 2 orang Naib Kadhi Majlis Agama Islam Songkhla. Sijil Nikah ini mempunyai cop materi Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla. Sijil ini adalah sah dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
PROSES NIKAH : URUSAN PADA HARI SABTU, AHAD & KELEPASAN AM THAILAND:
Semua urusan akad nikah adalah sama seperti hari bekerja cuma pada hari kelepasan am/cuti pengesahan Konsulat Malaysia tidak dapat dilakukan pada hari tersebut sebab pejabat cuti. Hanya akad nikah sahaja boleh dilakukan. Anda akan mendapat Sijil Nikah (original) serta merta selepas selesai akad nikah.
Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla akan diberi pada hari yang sama.
Anda atau salah seorang dari anda dikehendaki datang semula pada hari bekerja yang lain untuk mendapatkan Surat Pengesahan Konsulat Malaysia di Songkhla.
KETERANGAN KOS PAKEJ :
Kos pakej termasuk:
Pengangkutan dari Bukit Kayu Hitam ke Thailand (pergi+balik),
Pengangkutan semasa berada di Thailand,
Bayaran kepada Kadi dan Saksi serta pengeluaran Sijil Nikah,
Bayaran Pengesahan Sijil Nikah, Surat Pengesahan dan fotostat dokumen oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla,
Bayaran kepada Konsulat Malaysia dan fotostat dokumen untuk Konsul Malaysia di Songkhla.
Tidak ada kos tambahan atau kos tersembunyi yang berkaitan dengan urusan pernikahan ini sama ada di Malaysia atau di Thailand.
TEMPAT AKAD NIKAH DIJALANKAN:
URUSAN PERNIKAHAN DIJALANKAN DI PEJABAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH SONGKHLA DAN DISAKSIKAN OLEH SAKSI YANG BERJAWATAN NAIB KADI SYARIE JABATAN BERKENAAN. JADI SEMUA DOKUMEN ADALAH TULIN DAN SAH (BUKAN SINDIKET) SERTA DI IKTIRAF OLEH KERAJAAN MALAYSIA.
PENUMPANG TAMBAHAN:
Pengangkutan disediakan untuk pasangan sahaja. Penumpang tambahan selanjutnya akan dikenakan bayaran tambahan bergantung kepada jumlah penumpang yang hendak pergi.
BAYARAN:
Tak perlu bayar deposit.
Bayaran hendaklah dibuat secara TUNAI.
Bayaran hendaklah dibuat semasa tiba di Pejabat Majlis Agama Islam Songkhla; iaitu sebelum akad nikah dijalankan. Ini adalah peraturan yang ditetapkan oleh pejabat berkenaan.
Pasangan dikehendaki membayar sepenuhnya harga sepertimana yang dipersetujui mengikut pakej yang ditetapkan.
Pasangan yang tidak menjelaskan bayaran sepenuhnya urusan pernikahan mereka akan dibatalkan dan pihak penganjur tidak akan bertanggung-jawab dan bertolak ansur sekiranya berlaku sebarang kececohan atau salah faham akibat tindakan pasangan tersebut.
Sekiranya ada pasangan yang cuba menipu, pasangan dikehendaki balik ke Malaysia atas tanggungan dan urusan sendiri.
Sekiranya pasangan membatalkan hasrat mereka pada saat terakhir semasa di pintu sempadan, urusan balik seperti pengangkutan dan lain-lain adalah atas tanggungan sendiri.
DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA :
Kad Pengenalan anda dan bakal isteri.
Pasport antarabangsa anda dan bakal isteri
Surat Syahadah untuk individu yang memeluk agama Islam.
Surat cerai jika pernah bercerai.
Sijil Kematian bagi balu yang kematian suami.
Surat kebenaran Ketua Jabatan bagi anggota Tentera dan Polis.
Duit Mas kahwin mengikut persetujuan anda dan bakal isteri (Tidak termasuk dalam pakej)
Duit poket untuk perbelanjaan sendiri seperti makan minum dan membeli belah di Thailand.
Pakaian yang bersesuaian semasa majlis akad nikah termasuk songkok dsb
Kamera untuk merakamkan ijab kabul dan akad nikah untuk dijadikan bahan bukti pernikahan sekiranya dipintak oleh mahkamah Syariah Malaysia semasa perbicaraan nanti.
TINDAKAN ANDA :
Tetapkan dan maklumkan tarikh bila hendak pergi berkahwin di Thailand. (sms atau email)
Pastikan anda telah membeli tiket bas, keretapi atau kapal terbang untuk perjalanan anda.
Sila berikan maklumat lanjut anda dan pasangan seperti nama dan nombor telefon serta latar belakang kes anda jika belum dimaklumkan kepada saya.
Maklumkan berapa orang yang hendak datang termasuk anda dan bakal isteri anda.
Pastikan semua dokumen-dokumen seperti yang dinyatakan di atas di penuhi dan siap-sedia.
Tetapkan di mana hendak berjumpa sama ada di Bukit Kayu Hitam, Airport Alor Star atau di Stesyen Bas Kangar pada pagi hari hendak bertolak ke Thailand.
PASPORT / BORDER PASS:
Urusan passport atau border pass adalah urusan sendiri dan atas perbelanjaan sendiri.
Anda adalah dinasihatkan supaya memohon pasport di mana-mana pejabat Imigeresen. Permohonan pasport boleh siap dalam satu hari sahaja. Bayaran pasport hanya RM100.00 sahaja. Sila hubungi mana-mana pejabat imigeresen atau website imigeresen untuk mengetahui syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk membuat pasport.
Border passs hanya untuk pemastautin tetap Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan sahaja.
Pasangan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan kad pengenalan tidak boleh memasuki Thailand.
Bagi pasangan yang hendak berkahwin dengan warganegara asing (luar Negara) sila pastikan mereka mempunyai visa untuk memasuki Thailand.
TAMBANG PERJALANAN:
Tambang perjalanan dari tempat tinggal/bertolak ke Alor Star / Kangar / Bukit Kayu Hitam dan balik ke destinasi anda adalah atas perbelanjaan / tanggungan sendiri.
TAMBAHAN:
TOLONG BERI NAMA PENUH ANDA DAN PASANGAN ANDA DAN NOMBOR TELEFON ANDA UNTUK MEMUDAHKAN SAYA MENGHUBUNGI ANDA SEKIRANYA ADA SOALAN ATAU PENJELASAN YANG SUSAH HENDAK DINYATAKAN MELALUI SMS ATAU EMAIL
KELEBIHAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN SAYA:
ANDA AKAN DI BERI TIP-TIP BAGAIMANA HENDAK MENDAFTARKAN SEMULA PERNIKAHAN ANDA DI MALAYSIA. (CARA MENGISI BORANG, AFIDAVIT, UJIAN HIV DAN PROSES MENDAFTAR DI MAHKAMAH SYARIAH)
ANDA AKAN DI BERI MAKLUMAT MENGENAI SOALAN-SOALAN YANG SERING DIKEMUKAN DI MAHKAMAH SYARIAH DAN CARA MENJAWAB SOALAN-SOALAN TERSEBUT DAN LAIN-LAIN MAKLUMAT TENTANG PROSES MAHKAMAH.
GAMBAR2 DAN RAKAMAN IJAB KABUL SEMASA BERNIKAH DI SIAM AKAN DIBERI PERCUMA DALAM CD UNTUK SIMPANAN ANDA
LAIN-LAIN MAKLUMAT YANG BERKAITAN.
Maksud Nikah
Akad yang dilakukan dengan menggunakan lafaz nikah ataupun terjemahannya bagi membolehkan dan bersekedudukan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dalam ikatan kehidupan yang diredai Allah swt
Rukun Nikah
Perkahwinan yang sah mengikut syarak ialah perkahwinan yang cukup syarat dan rukunnya.
Rukun nikah mengandungi 5 perkara:
1. Pengantin Lelaki
2. Pengantin Perempuan
3. Wali
4. 2(Dua) Orang Saksi
5. Ijab dan Kabul
Hukum Nikah
Hukumnya boleh berubah mengikut keadaan
WAJIB
Bagi orang yang kuat nafsu dan tidak mampu mengawal diri daripada terjebak ke lembah maksiat sedangkan ia mampu
SUNAT
Bagi mereka yang mampu zahir dan batin dan mempunyai keinginan untuk berkahwin bagi menambahkan takwa dan menjauhi zina
MAKRUH
1. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin
2. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin serta dapat mengawal nafsunya
HARAM
1. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mahupun dirinya sendiri
2. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin
3. Mempunyai niat yang tidak baik terhadap bakal isteri
Bersama staf Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla |
Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla |
Posted by wanzarma at 3:15 PM 8 comments
Labels: KAWIN YALA, NIKAH SATUN
Nikah Siam, dua patah perkataan yang membawa juga dua pengertian, suka dan duka. Ianya disukai oleh kedua-dua bakal pengantin tetapi kerap menjadikan “isteri tua” menjadi duka. Ia diminati bukan sahaja oleh orang kampung, penganggur, mat rempit tetapi juga digemari oleh tokoh korporat, datuk-datuk yang pastinya berkedudukan dan berpengaruh dalam masyarakat.
Anda dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai agen-agen yang menguruskan pakej perkahwinan di Selatan Thailand. Sila buat tinjauan terlebih dahulu sebelum memilih mana-mana agensi tersebut kerana ada agensi yang tidak bertanggung-jawab dan menipu pasangan yang ingin dan yang telah berkahwin.
Pastikan bahawa agensi yang anda pilih mudah dihubungi samada sebelum atau selepas selesai urusan perkahwinan di Thailand.